Kritikan Akta Hak Asasi Manusia 1998

Kritikan sayap kanan

Semasa kempen untuk pilihan raya parlimen 2005, Parti Konservatif di bawah Michael Howard mengumumkan tujuannya untuk "membaik pulih atau menghapuskan" Akta Hak Asasi Manusia. Menurutnya, "waktunya sudah datang untuk membebaskan negara daripada hamburan ketepatan politik, litigasi yang mahal, keadilan yang lemah, serta budaya pampasan yang meliar di Britain pada hari ini" dan memberikan amaran bahawa "rejim ketepatan politik yang diwujudkan oleh keghairahan penerimagunaan undang-undang hak asasi manusia Parti Buruh yang telah memutarbalikkan prinsip keadilan yang sudah lama".[17]

Howard memetik sebilangan contoh tentang bagaimana, menurut pendapatnya, Akta Hak Asasi Manusia telah gagal: [18][19]

  • murid lelaki yang membakar dengan sengaja dibenarkan kembali ke bilik darjah kerana penguatkuasaan disiplin tidak membenarkannya hak pendidikan;
  • perogol yang disabit diberikan pampasan £4000 kerana rayuan keduanya dilewatkan;
  • pencuri diberikan wang pembayar cukai untuk mendakwa orang yang rumahnya dipecah; dan
  • pelancong yang melanggar undang-undang diberikan kebenaran untuk tinggal di tapak jalur hijau yang diduduki mereka mengingkari undang-undang perancangan.

Bagaimanapun, sesetengah pengulas telah mengkritik dakwaan Howard bahawa banduan yang menjalani pemenjaraan seumur hidup telah dibenarkan memperoleh pornografi keterlaluan di dalam penjara. Dalam kes R (atas permohonan Morton) lwn Gabenor Penjara Long Lartin, seorang banduan memang pernah memohon kajian semula kehakiman terhadap keputusan gabenor penjara kerana tidak membenarkannya memperoleh pornografi tersebut, dan mendakwa bahawa dasar gabenor itu merupakan suatu pelanggaran Artikel 10 tentang hak kebebasan untuk bersuara; bagaimanapun, dakwaan itu sebenarnya ditolak.

Sebaliknya, murid sekolah yang dirujuk oleh Howard sebenarnya mendakwa untuk mendapatkan pampasan dan bukannya untuk dibenarkan kembali ke bilik darjah kerana sewaktu kes mahkamah itu diadakan, dia sudah menjadi seorang pelajar universiti.[20] Walau bagaimanapun, tuntutan itu juga ditolak.[21]

Hakim yang berpolitik?

Salah satu kritikan yang utama terhadap Akta Hak Asasi Manusia sebelum penerimagunaannya adalah bahawa ia akan mengakibatkan para hakim yang tidak dipilih membuat penghakiman substantif terhadap dasar pemerintahan serta "menggubal" pindaan common law. Justera itu, ia akan merampas kuasa keagungan perundangan Parlimen. Dalam bidang kajian semula kehakiman pula, kes R (atas permohonan Daly) lwn Menteri Dalam Negeri menonjolkan bagaimana penggunaan ujian kekadaran yang dipinjam daripada jurisprudens Konvensyen Eropah tentang Hak Asasi Manusia (ECHR) telah membenarkan penelitian yang lebih rapi terhadap merit substantif sesuatu dasar pemerintahan dan dengan itu, bermakna bahawa kajian semula kehakiman lebih berupa rayuan berbanding dengan kajian semula.

Sejauh yang mungkin, kewajipan tafsiran di bawah s(3)(1) untuk membaca undang-undang sebagai mematuhi Konvensyen tidak bergantung kepada adanya atau tidak kekaburan dalam undang-undang.[22] Ine bermakna bahawa s(3) dalam Akta Hak Asasi Manusia memerlukan mahkamah menyimpang daripada makna yang jelas, tertakluk kepada kekangan bahawa tafsiran terubah suai harus merupakan salah satu tafsiran undang-undang yang "mungkin".[23] Craig mendebatkan bahawa ini akan mengakibatkan mahkamah menerimagunakan tafsiran dipaksa-paksa daripada segi linguistik, berbanding dengan membuat perisytiharaan ketakserasian.

Walau bagaimanapun, kritikan terhadap hakim-hakim melakukan penggubalan undang-undang dapat dibalas dengan fakta bahawa mahkamah tidak berupaya mentafsirkan undang-undang dengan cara yang "tidak selaras dengan ciri asas undang-undang" itu. Para hakim juga tidak boleh mentafsirkan undang-undang dengan cara yang menyebabkan perubahan yang mempunyai kesan yang luas dan yang paling baik ditangani oleh Parlimen.

Kebebasan media

Pada tahun 2008 penyunting akhbar berhaluan kanan The Daily Mail mengritik Akta Hak Asasi Manusia untuk membenarkan, dalam pada kesannya, hak privisi pada undang-undang Inggeris meskipun Parlimen tidak meluluskan perundangan yang sedemikian. Paul Dacre telah sebenarnya merujuk kepada [[kesan tidak langsung horizontal] Akta Hak Asasi Manusia pada doktrin pelanggaran keyakinan yang telah mengganjakkan undang-undang Inggeris lebih dekat pada hak privasi common law.[24] Sebagai respons, Lord Chancellor Lord Falconer menyatakan bahawa Akta Hak Asasi Manusia telah diluluskan Parlimen, yang hak peribadi rakyat memerlukan perlindungan dan bahawa hakim dalam kes ini telah menafsir perundangan dengan betul.[25]

Perakuan Hak Asasi Manusia untuk Britain?

Pengganti Howard sebagai ketua pembangkang, David Cameron, juga berazam akan memansuhkan Akta Hak Asasi Manusia sekiranya partinya dipilih dan menggantikannya dengan 'Perakuan Hak' untuk Britain.[26]

Pada tahun 2007, pertubuhan hak asasi mansia JUSTICE mengemukakan kertas perbincangan bertajuk Perakuan Hak untuk Britain?, mengkaji kemungkinan megemaskini Akta Hak Asasi Manusia dengan rang undang-undang yang digariskan.[27]

Kritikan sayap kiri

Secara kontranya, sesetengah telah berpendapat bahawa Akta Hak Asasi Manusia tidak memberikan perlindungan sewajarnya kerana kebolehan kerajaan untuk tidak mempedulikan hak Konvensyen di bawah perkara 15 terutamanya apabila berkait dengan perundangan keganasan. Kes-kes terkini seperti R (ProLife Alliance) v. BBC [2002] EWCA Civ 297 telah diputuskan dengan rujukan kepada hak-hak common law berbanding hak statut menuju kemungkinan penghakiman aktivis.[28]

Keganasan

Ahli-ahli politik parti Buruh telah mengeritik Akta Hak Asasi Manusia 1998 dan kecenderungan kehakiman menggunakan perisytiharan ketidakserasian terhadap perundangan keganasan:

Bekas Setiausaha Dalam Negara John Reid mendakwa bahawa Akta Hak Asasi Manusia menggangu perang terhadap keganasan dalam hal perintah pengawalan yang berkontroversi:

"Ini adalah ancaman yang serious - dan saya merupakan yang pertama mengakui yang kebolehan kami melawannya tidak mencukupi sehinggakan melawan dengan satu tangan terikat di belakang. Jadi saya berharap yang apabila kami membawa cadangan kami dalam minggu-minggu seterusnya kami akan menghadapi karenah politik yang kurang dan sokongan terhadap keselamatan dalam negara yang lebih."[29]

Rujukan

WikiPedia: Akta Hak Asasi Manusia 1998 http://www.conservatives.com/tile.do?def=news.stor... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7718961.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/5114102.stm http://www.guardian.co.uk/frontpage/story/0,,20878... http://www.guardian.co.uk/uk/2006/feb/06/schools.r... http://www.archive.official-documents.co.uk/docume... http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/1513730/Law... http://www.telegraph.co.uk/opinion/main.jhtml?xml=... http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/19980042.htm http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/80042--d.htm#...